Setiap agama pasti mengangkat Tuhan mereka pada sifat yang paling
tinggi, paling kuat, paling kaya, paling berkuasa, paling baik dan
paling adil. Sifat-sifat ini bagi menunjukkan bahawa Tuhan itu sangat
sempurna manakala manusia sangat lemah. Ini juga bermakna manusia akan
mengharapkan kekayaan, kekuasaan, kebaikan dan keadilan daripada tuhan
bukannya manusia.
Berkenaan dengan sifat adil. Apakah yang
dimaksudkan dengan Tuhan bersifat adil? Adil dalam menghukum? Adil dalam
mengurniakan sesuatu?
Tuhan Kristian yang Adil
Penganut
kristian percaya bahawa Tuhan terdiri daripada tiga unsur. Tuhan Bapa
yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tuhan Anak yang bernama Jesus
merupakan Tuhan yang muncul dalam bentuk manusia dan yang terakhir
adalah Tuhan Roh Suci yang menjadi penghubung antara Tuhan Bapa di
Syurga dan Tuhan Anak di Dunia. Hakikatnya ketiga-tiga Tuhan itu adalah
satu namun muncul dalam watak yang berbeza. Inilah konsep Trinity yang
sangat sukar dijelaskan hatta oleh 'ulama' kristian sendiri.
Penganut
Kristian meyakini bahawa Tuhan bersifat dengan kasih sayang dan
keadilan. Buktinya Tuhan Bapa menciptakan alam ini kerana sifat kasih
sayang beliau. Setelah Adam, manusia yang pertama dicipta melanggar
larangan Tuhan dengan memakan buah larangan ketika berada di syurga,
beliau mesti menerima hukuman atas kesalahan yang serius itu.
Sememangnya
Tuhan sangat sayang kepada manusia, namun apakan daya, Tuhan mesti
bersifat adil. Setiap kesalahan mesti dihukum. Adam melakukan kesalahan
yang sangat besar. Kesalahan itu kemudian diwarisi oleh keturunan beliau
sehinggalah terlalu banyak dosa yang tersebar. Manusia semakin berdosa
dengan Tuhan.
Namun oleh kerana Tuhan sangat adil, semua kesalahan mesti dibalas atau dihukum.
Walaubagaimanapun
tiada nilai yang mampu ditebus untuk semua ini. Kesalahan manusia
terlalu berat dan diwarisi ntah berapa banyak keturunan.
Akhirnya
muncullah Jesus, anak Tuhan yang datang ke bumi ini untuk menyebarkan
kasih sayang Tuhan bapa kepada manusia. Walaubagaimanapun misi beliau
yang paling besar adalah berkorban nyawa semata-mata untuk menebus dosa
manusia. Nyawa Tuhan yang tinggi nilainya layak untuk membebaskan semua
dosa yang membelenggu manusia.
Akhirnya Jesus mati disalib. Nyawa beliau yang suci itu ditebus dengan segala dosa manusia.
Itulah kisah keadilan Tuhan bapa dan pengorbanan Tuhan anak yang begitu menyayat hati.
Allah Mesti Adil Dalam Menghukum
Dalam
sejarah islam terdapat beberapa mazhab yang lahir akibat perbezaan
pendapat dalam bab akidah. Antaranya mazhab Muktazilah. Dalam memahami
sifat keadilan Allah, kita agak berbeza dengan mereka.
Bagi
Muktazilah, Allah mesti adil dalam menghukum. Setiap manusia yang
melakukan dosa mesti dibalas dengan neraka. Setiap manusia yang
melakukan kebaikan mesti diberi ganjaran pahala. Inilah sifat adil
Tuhan.
Maka, muktazilah menolak mereka yang melakukan dosa besar
masuk syurga bahkan mereka akan kekal di neraka selama-lamanya jika
tidak sempat bertaubat. Begitu juga mereka menolak syafaat orang-orang
yang dipilih oleh Allah untuk dikurniakan kepada orang lain.
Umpamanya
hadith yang menceritakan orang yang syahid, orang yang menghafal
Al-Quran dan orang yang alim mampu memberi syafaat serta menarik orang
lain masuk ke syurga.
Ini ditentang oleh Muktazilah. Mereka yang
jahat jika tidak bertaubat di dunia pasti tidak akan ada ruang kemaafan
langsung hatta daripada Allah sendiri! Allah mesti menghukum mereka.
Tuhan Maha Adil, Maha Penyayang
Ummat
islam yang mengikut fahaman ahli sunnah wal jamaah meyakini bahawa
Tuhan itu adil dalam menghukum. Walaubagaimanapun, Allah berhak
melakukan apa sahaja yang beliau inginkan termasuk mengampunkan sesiapa
sahaja yang dikehendaki.
Begitu juga Allah berhak memberi kepada orang-orang tertentu syafaat yang mampu menyelamatkan orang lain kelak di akhirat.
Berkenaan
dengan keadilan Tuhan dalam menghukum, ini termasuk dalam perkara
akhirat yang tidak diketahui oleh manusia. Keadilan itu memang manusia
tahu, namun bagaimana Allah berlaku adil, itu semua tiada siapa yang
mengetahui. Ataupun bahasa yang paling layak, itu hak Allah, tidak perlu
manusia ingin menyibuk, apa yang penting manusia mesti berusaha
mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah.
Sebenarnya, walaupun
Allah bersifat adil, namun dalam masa yang sama Allah bersifat maha
pengampun dan maha memberi rahmat. Keampunan Allah melebihi
kemarahanNYA.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menceritakan
bagaimana setiap amalan kebaikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat
ganda, bahkan jika kita berniat ingin melakukan kebaikan terus mendapat
pahala. Ini berbeza dengan dosa dan kesalahan, tidak ada satu pun ayat
dan hadith yang menyebut dosa kita akan digandakan. Bahkan jika kita
berniat jahat tanpa melakukannya tidak akan ditulis dosa.
Adakah Allah tidak adil?
Bahkan Allah maha pemurah, pengasih, pengampun dan 96 lagi sifat-sifat kesempurnaan yang lain..
AMEER ZONE
Tuesday, January 28, 2014
Friday, November 22, 2013
surah al mukminun
سُوۡرَةُ المؤمنون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."
Surah Al Mukminin dimulakan dengan menyatakan sifat-sifat para mukminin yang merupakan golongan manusia yang beruntung.
Ia adalah janji yang benar dan pengakuan yang tegas terhadap keberuntungan yang akan dicapai oleh para mukminin. Itulah janji Allah dan Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.
Itulah keberuntungan di dunia dan akhirat untuk individu muslim dan kelompok muslimin. Itulah keberuntungan yang dirasai orang yang beriman di dalam hatinya dan mendapat bukti kebenaran dalam kenyataan hidupnya, iaitu keberuntungan yang diketahui dan tidak diketahui oleh manusia yang disimpan oleh Allah untuk para hamba-Nya yang mukmin.
Siapakah para mukminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan taufiq dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini?
Siapakah para mukmin yang ditulis untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala keredhaan Allah di akhirat? Dan lain-lain balasan yang baik di dunia dan akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?
Merekalah orang-orang yang dijelaskan sifat-sifat mereka selepas ayat pembukaan surah ini iaitu mulai ayat 2 hingga 9.
Sifat-sifat ini menggambarkan syaksiah seorang muslim pada parasnya yang paling tinggi iaitu paras Nabi Muhammad s.a.w selaku Rasulullah dan sebaik-baik makhluk Allah yang diasuh Allah dengan sebaik-baik didikan. Allah sendiri memuji di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung.”(Surah al Qalam ayat 4)
Ketika ditanya kepada Siti Aisyah r.a. tentang akhlak Rasulullah s.a.w. jawab beliau, “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)
Apakah nilai sifat-sifat tersebut dalam kehidupan individu muslim, kehidupan kelompok muslimin dan kehidupan umat manusia?
1. Orang yang khusyuk dalam solat mereka.
Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka berada paling bawah sekali dari tingkat kemenangan dan kejayaan (falah).
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya)."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang solat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya."
Mereka yang khusyuk dalam solat merasa gementar ketika berdiri mengadap Allah. Hati mereka tenang dan khusyuk hingga menjalar ke seluruh tubuh badan, wajah dan gerak geri mereka. Jiwa mereka diselubungi dengan kebesaran Allah. Segala ingatan yang lain hilang dari fikiran mereka.
Mereka tidak teringat kepada yang lain dari Allah dan seluruh perasaan mereka tertumpu kepada-Nya dan berbicara denganNya. Apabila berdepan dengan Allah yang Maha Suci maka lenyaplah segala yang ada disekeliling mereka dan sesuatu yang lain yang ada di dalam hati mereka. Hati mereka bersih dari segala kekotoran. Mereka tidak menyimpan dalam hati mereka sedikitpun dari kekotoran ini bersama dengan kebesaran Allah. Pada ketika itu manusia itu berhubung dengan penciptanya dan rohnya bertemu jalannya dan hati yang sepi menemui tempatnya dan pada ketika itu juga kecillah segala nilai-nilai, segala benda dan sekelian tokoh kecuali sesuatu yang mempunyai hubungan dengan Allah.
2. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang sia-sia
Segala yang sia-sia termasuklah perkataan, perbuatan, perhatian dan perasaan yang sia-sia. Hati yang mukmin itu sentiasa dipenuhi dengan kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk perkara yang sia-sia, main-main dan saja-saja. Ia dipenuhi dengan zikrullah, memikirkan kebesaran Allah dan merenungi tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya pada kejadian diri manusia dan makhluk-makhluk yang lain.
Hati orang mukmin sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang membersihkan hati, mencuci jiwa dan dhamir. Tugas-tugas yang mengawal tingkahlaku dan menegakkan pendirian pada tahap yang tinggi yang dituntut oleh iman. Tugas melakukan makruf dan melarang melakukan mungkar dan memelihara kehidupan masyarakat Islam dari kerosakan dan penyelewangan. Tugas-tugas jihad untuk melindungi, menolong dan memperkukuhkan akidah. Mengawal dan menjaga akidah dari tipu daya musuh.
Semuanya merupakan tugas yang tidak berakhir, yang tidak boleh diabaikan oleh orang yang beriman dan tidak boleh dihindarkan dari dirinya.
Seluruh tugas-tugas ini merupakan tugas yang difardhukan Allah sebagai fardhu ‘ain atau fardhu kifayah di samping merupakan tugas yang cukup untuk menghabiskan tenaga dan usia seseorang manusia.
Daya tenaga manusia itu adalah terbatas sama ada daya tenaga itu dihabiskan dalam tugas mengislah, membangun dan memajukan kehidupan atau dihabiskan dalam kegiatan-kegiatan yang sia-sia, tiada faedah atau main-main. Tetapi orang beriman tetap didorong oleh akidahnya supaya menghabiskan daya tenaganya dalam kegiatan yang membangun, meng’imarah dan mengislah.
Walaupun begitu orang yang beriman itu boleh menghiburkan hatinya dari satu masa ke satu masa, kerana hiburan yang seperti ini merupakan suatu perkara yang berlainan dari kegiatan main-main, sia-sia dan kosong itu.
Rujukan:
1. Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Quran – Di Bawah Bayangan Al Quran Jilid 11, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 2002.
2. Imam Ghazali, Bimbingan Mu'minin, disesuaikan oleh Sheikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi, terjemahan Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 1990.
Sunday, September 8, 2013
CATATAN KEMBARA KE GUNUNG BEREMBUN
alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dapat saya mengupdate blog saya untuk entry kai ini
saya ingin berkongsi entry saya kali mengenai pengembaraan asperasasi alam di Gunung Berembun dungun Terengganu Darul Iman. cabaran yang dihadapi untuk ke sana akhirnya terbayar dengan keindahan panorama ciptaan ALLAH S.W.T
30 OGOS 2013
Angan angan kami sebelum bertolak ke Air Terjun yang dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara. kami telah menjangka laluan yang kami akan hadapi untuk sampai ke puncak akan lebih mudah berbanding XPDC kami Sebelum ini di Gunung Gajah Tarom Sekayu Terengganu. kami bertolak dari kuala Lumpur pada jam 9 malam. namun kesukaran untuk masuk ke hutan Lipur Itu menyebabkan kami tiba di base camp jam 3.00 pagi
31 OGOS 2013
Gambar ini sempat diambil ketika kami mengambil peluang untuk bersiar siar di kawasan sekitar. kami kagum dengan kebersihan dan bagaima fasiliti yang cukup berbanding di Sekayu. kami memulakan pendakian lewat sejam kerana kelewatan beberapa orang peserta
ketika dalam perjalanan barulah kami menyedari bahawa laluan yang dikatakan sangat senang hanyalah angan angan. laluan yang kami sangat mencabar sehingga tali terpaksa kami gunakan untuk mendaki. namun dengan bantuan abg2 latepacker dan berbekalkan pengalaman yang ada laluan itu berjaya kami tempuhi
kami tiba di camp B tepat jam 2 petang. satu kelegaan setelah berkhirnya pendakian tegak tanpa landai selama 3 jam. urat2 yang lenguh kami tidak hiraukan asalkan dapat memancing bersama abg KB. terima kasih abg dapat jugak merasa ikan kelah. namun perjalanan terpaksa kami teruskan untuk sampai kem Y.
kami memulakan perjalanan jam 4 petang. dikatakan kem y hanyalah 45 minit kami bergerak dengan pantas agar kami dapat merebahkan badan kami sambil menikmati maggi panas yang sangat berharga. namun kami diuji lagi. dengan laluan yang sangat mencabar dan perjanan yang disangka 45 minit menjadi hampir 4 jam tiba2 kami ternampak papan tanda puncak gunung. rupanya kami telah tersesat sehingga ke PUNCAK GUNUNG Berembun yang sepatutnya kami daki esok.
kami terpaksa berpatah di kala waktu yang telah menunjukkan jam 7.00 malam., kami sebenarnya amat kepenatan kerana air yang ada teah habis kerana sangkaan kami perjalanan hanya 45 minit. sedangd dalam perjalanan kami diuji lagi apabila salah seorang peserta kami tercedera dan seorang lagi disengat temingat. dengan keringat yang ada kami segera memberi pertolongan . kami tiba di camp Y jam 9.00 malam. rupanya kami terlah tersalah masuk simpang. semua peserta terbaring kepenatan dan puas walaupun tidak mengikut jadual tetapi puncak berembun telah kami tawan
1 SEPTEMBER 2013
keesokan harinya kami mengambil kesempatan untuk menyambung hajat yang tertunggak iaitu memancing ikan.HAHAHAHA. kami turut mengambil kesempatan bergambar dengan keindahan air yang jernih dan sangat menyegarkan. kami sempat berkenalan dengan rakan baru kami dari UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Nama yang cukup sinonim dengan rakyat malaysia. namun tepat jam 11 pagi kami mulakan pendakian turun kerana hampir semua peserta enggan mendaki ke puncak.
mendaki turun bukanlah sesuatu yang mudah. ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kami terpaksa membrek dia laluan yang tegak. beberapa orang telah tercedera namun berjaya dibantu oleh ahli peserta yang lain
kami tiba di kawasan air terjun jam 4.00 petang. tanpa melengahkan masa kami gunakan peluang untuk mandi sepuasnya dengan menikmati kesejukan air. kami tiba di base camp tepat jam 5.00 petang. sesungguhnya explorasi kali ini telah menguji mental dan fizikal kami namun berbekalkan semangat yang gigih kami dapat mengatasinya dengan hati yang lapang disamping kami dapat mengenali rakan2 baru
kawan baru kami dari UIA. dari kanan bawah kak dayana, kak ikhas, kak nasuha
dari kanan atas abg izwan dan abg lupa nama..haha
terima kasih kepada ustaz faizul, ustaz azlan yang merekemen xpdc ini dan tidak dilupakan abg KB yang mengajar kami memancing dan Abg Pakoi yang sporting ketika XPDC dan semua peserta CBL 2013.. jumpa lagi di gunung yang ain pula
`
saya ingin berkongsi entry saya kali mengenai pengembaraan asperasasi alam di Gunung Berembun dungun Terengganu Darul Iman. cabaran yang dihadapi untuk ke sana akhirnya terbayar dengan keindahan panorama ciptaan ALLAH S.W.T
30 OGOS 2013
Angan angan kami sebelum bertolak ke Air Terjun yang dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara. kami telah menjangka laluan yang kami akan hadapi untuk sampai ke puncak akan lebih mudah berbanding XPDC kami Sebelum ini di Gunung Gajah Tarom Sekayu Terengganu. kami bertolak dari kuala Lumpur pada jam 9 malam. namun kesukaran untuk masuk ke hutan Lipur Itu menyebabkan kami tiba di base camp jam 3.00 pagi
31 OGOS 2013
Gambar ini sempat diambil ketika kami mengambil peluang untuk bersiar siar di kawasan sekitar. kami kagum dengan kebersihan dan bagaima fasiliti yang cukup berbanding di Sekayu. kami memulakan pendakian lewat sejam kerana kelewatan beberapa orang peserta
ketika dalam perjalanan barulah kami menyedari bahawa laluan yang dikatakan sangat senang hanyalah angan angan. laluan yang kami sangat mencabar sehingga tali terpaksa kami gunakan untuk mendaki. namun dengan bantuan abg2 latepacker dan berbekalkan pengalaman yang ada laluan itu berjaya kami tempuhi
kami tiba di camp B tepat jam 2 petang. satu kelegaan setelah berkhirnya pendakian tegak tanpa landai selama 3 jam. urat2 yang lenguh kami tidak hiraukan asalkan dapat memancing bersama abg KB. terima kasih abg dapat jugak merasa ikan kelah. namun perjalanan terpaksa kami teruskan untuk sampai kem Y.
kami memulakan perjalanan jam 4 petang. dikatakan kem y hanyalah 45 minit kami bergerak dengan pantas agar kami dapat merebahkan badan kami sambil menikmati maggi panas yang sangat berharga. namun kami diuji lagi. dengan laluan yang sangat mencabar dan perjanan yang disangka 45 minit menjadi hampir 4 jam tiba2 kami ternampak papan tanda puncak gunung. rupanya kami telah tersesat sehingga ke PUNCAK GUNUNG Berembun yang sepatutnya kami daki esok.
kami terpaksa berpatah di kala waktu yang telah menunjukkan jam 7.00 malam., kami sebenarnya amat kepenatan kerana air yang ada teah habis kerana sangkaan kami perjalanan hanya 45 minit. sedangd dalam perjalanan kami diuji lagi apabila salah seorang peserta kami tercedera dan seorang lagi disengat temingat. dengan keringat yang ada kami segera memberi pertolongan . kami tiba di camp Y jam 9.00 malam. rupanya kami terlah tersalah masuk simpang. semua peserta terbaring kepenatan dan puas walaupun tidak mengikut jadual tetapi puncak berembun telah kami tawan
1 SEPTEMBER 2013
keesokan harinya kami mengambil kesempatan untuk menyambung hajat yang tertunggak iaitu memancing ikan.HAHAHAHA. kami turut mengambil kesempatan bergambar dengan keindahan air yang jernih dan sangat menyegarkan. kami sempat berkenalan dengan rakan baru kami dari UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Nama yang cukup sinonim dengan rakyat malaysia. namun tepat jam 11 pagi kami mulakan pendakian turun kerana hampir semua peserta enggan mendaki ke puncak.
mendaki turun bukanlah sesuatu yang mudah. ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kami terpaksa membrek dia laluan yang tegak. beberapa orang telah tercedera namun berjaya dibantu oleh ahli peserta yang lain
kami tiba di kawasan air terjun jam 4.00 petang. tanpa melengahkan masa kami gunakan peluang untuk mandi sepuasnya dengan menikmati kesejukan air. kami tiba di base camp tepat jam 5.00 petang. sesungguhnya explorasi kali ini telah menguji mental dan fizikal kami namun berbekalkan semangat yang gigih kami dapat mengatasinya dengan hati yang lapang disamping kami dapat mengenali rakan2 baru
kawan baru kami dari UIA. dari kanan bawah kak dayana, kak ikhas, kak nasuha
dari kanan atas abg izwan dan abg lupa nama..haha
terima kasih kepada ustaz faizul, ustaz azlan yang merekemen xpdc ini dan tidak dilupakan abg KB yang mengajar kami memancing dan Abg Pakoi yang sporting ketika XPDC dan semua peserta CBL 2013.. jumpa lagi di gunung yang ain pula
`
Saturday, July 6, 2013
KITA DAN RAMADHAN
Sangatlah rugi orang yang melayani Ramadhan hanya seperti bulan-bulan biasa. Merasakan bahawa Ramadhan ini bezanya hanya perlu berlapar dahaga di siang harinya sahaja.
Ada pula yang menganggap Ramadhan ini luar biasa. Tetapi luar biasanya sekadar kerana ‘selepas Ramadhan ada Hari Raya’.
Ini adalah orang-orang yang rugi.
Sedang Ramadhan hakikatnya merupakan satu motivasi tertinggi daripada Ilahi.
Buat manusia yang bernama Insani.
Kehidupan manusia yang sukar, dan Ramadhan pemberi kekuatan
Kehidupan manusia berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kehidupan manusia penuh cabaran dan onak duri. Bukti mudah boleh kita lihat, bagaimana ramai sahaja manusia yang tidak tertahan dengan dugaan ini akhirnya menamatkan riwayat membunuh diri.
Ada pula yang mungkin tidak membunuh diri, tetapi akhirnya mengalami sakit mental, tekanan jiwa dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.
Tetapi hadirnya Ramadhan untuk orang-orang yang beriman, sebagai medan memperkuatkan diri. Lihatlah bagaimana cantiknya Allah SWT apabila menyatakan ijazah Ramadhan adalah Taqwa.
“Wahai orang-orang yang beriman, disyariatkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah disyariatkan ke atas kaum yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu mendapat taqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Mengapa ijazah Ramadhan adalah taqwa? Kerana Taqwa adalah kekuatan untuk mengharungi kehidupan. Kerana Taqwa adalah penjaga kepada tingkah laku manusia. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengiktiraf taqwa sebagai sebaik-baik bekalan, pencegah dari melakukan sesuatu yang Allah larang:
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.” Surah Al-Baqarah ayat 197.
Lihatlah bagaimana Allah melarang itu dan ini semasa Haji, dan kemudiannya Allah berpesan bahawa Taqwa adalah sebaik-baik bekal. Mengapa? Kerana Taqwalah yang memberikan kekuatan untuk kita menjauhi kemaksiatan, perkara-perkara buruk di sisi Allah SWT, juga di dalam kehidupan kita.
Maka, Taqwa hakikatnya adalah bekalan hidup. Ramadhan ijazahnya Taqwa. Jadilah Ramadhan sebagai pemberi kekuatan kepada kehidupan insan, bagi yang memerhatikan.
Diri yang banyak dosa dan kesilapan, Ramadhan tempat pembersihan.
Setiap manusia melakukan kesilapan. Salah satu pakej dalam menjadi manusia adalah kita akan melakukan kesilapan, kita pasti ada melakukan kesilapan.
Tetapi Allah SWT tidak akan membiarkan manusia dengan pakej melakukan kesilapannya begitu sahaja. Sebab itu dalam menjadi hamba kepada Allah SWT, ada juga pakej keampunan.
Dan antara pakej keampunan terbesar dalam setahun adalah Ramadhan.
Lihatlah semula barisan hadith-hadith ini:
- “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”
- “Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.
- “Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”
Maka nyatakan selepas membaca hadith-hadith ini, di ruangan mana, di saat mana di dalam Ramadhan, yang bukan waktu membersihkan diri?
Tidak. Seluruh Ramadhan itu adalah waktu yang Allah janjikan untuk keampunan.
Memang pintu keampunan Allah itu tidak pernah tertutup. Tetapi kita sendiri tidak mengetahui bilakah saatnya Allah benar-benar hendak menerima taubat kita.
Namun, di dalam Ramadhan, jelas Allah mengisyaratkan janjiNya: “Buat begini, Aku ampunkan.”
Puasa dalam bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(mengharap), Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Membangunkan(menghidupkan dengan amalan-amalan soleh) Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkira-kira, Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Membangunkan(menghidupkan) Malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Jelas Allah nyatakan apa yang perlu kita buat, masanya, dan apa yang Dia nak berikan.
Adakah wujud perkara ini di bulan lain?
Jadi bagaimana Ramadhan tidak mampu menjadi motivasi kehidupan kita sebagai manusia?
Keluar dari Ramadhan dalam keadaan bersih, terampun, nyatanya kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi 11 bulan yang akan datang, menjadi manusia yang lebih baik bukan? Atau setelah diampunkan, kita hanya berfikir untuk membuat dosa lagi?
Penutup: Ramadhan bukan bulan kebiasaan. Ramadhan adalah tempat rehat sebelum meneruskan perjalanan.
Kehidupan adalah satu permusafiran. Dan Ramadhan yang datang setiap tahun adalah tempat berehat, ibarat R&R di tengah highway.
Di dalam Ramadhanlah kita mengumpul bekalan, merehatkan diri mengumpul kekuatan, untuk meneruskan perjalanan kita dengan baik.
Ramadhan nyata memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang manusia, yang hendak mencari keredhaan Allah SWT, yang inginkan rahmat dan maghfirah Allah SWT, yang ingin hidup berjuang untukNya.
Ramadhan adalah tempat memperkuatkan diri, dan membersihkan diri, agar menjadi yang lebih baik untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya.
Justeru bagaimana kita melayani Ramadhan?
Bagaimana kita mengisi Ramadhan?
Sepatutnya perkara ini menyemarakkan kita lagi untuk bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan. Sepatutnya perkara ini menyemarakkan kita lagi untuk hidup sebagai hamba Allah SWT.
Betapa baiknya Allah SWT menganugerahkan kita Ramadhan dalam setahun kehidupan kita.
Bagaimana kalau Ramadhan tiada?
Sama-sama kita muhasabah kembali.
Ramadhan nyata signifikan dalam perjalanan hidup manusia.
Justeru, bagaimanakah kita melayaninya?
Wednesday, May 29, 2013
RAMADHAN AROUND CORNER
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan - merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
- Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
- Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
- Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
- Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala
- Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
- Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
- Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
- Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
- Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?
Wednesday, May 15, 2013
UTK PEDOMAN SEMPENA HARI GURU
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Friday, April 26, 2013
Imam Shafiee's tips on how to embrace knowledge
Imam Shafiee's tips on how to embrace knowledge in both Science and Islam. U'll not embrace knowledge except through these points:
- Dzakawah (aqal) means a quick aqal. It's not about the mental ability to answer maths questions quickly etc but it deals with how well we take care of our intellect. This is because it will lead to the opening of heart and ilm so that we will successful in our life. To illustrate this point, many people saw the apples fell down the trees but only Sir Isaac Newton noticed and study about it which later led to his discovery of the gravity. So, do take care of our intellect by keeping our relationship with Allah so that Allah will ease our effort to seek knowledge. Dont fill our mind with unnecessary things.
- Hufzun (the zeal) you need to have that zeal. But dont be too extreme on both, or you will become 'zealot' then. Balance both. You have to have the kemahuan for that, without kemahuan, you will not get the knowledge.
- Iftikarun (poverty) not the literally 'poor' but what Imam Shafiee meant was you have to realise that you are poor in knowledge in order to embrace knowledge. He or she is aware the fact that he she is poor in ilm. So, be humble with your ilm. Dont be arrogant, know your limitations.
- Ghurbatun (a foreign land) It means go outside your kampung/ go travel to seek knowledge at other places. Do not have the fear for others. People are the enemies of what they are ignorant of. If your religion is strong enough, you wont face any faith problems if you go our from your place to travel to study. and for those who have migrated, make sure you are both physically and mentally migrated
- Syahbatun Ustazin (Teacher's inspiration) If you want to embrace knowledge, you need to have the right teacher(s). The right teacher(s) to get the isnpiration. Any religion always has a pediment. To exemplify, you are a medical student but you do not study the human body, the real human body. You just study the book. So how's that going to be? He adds that if let say you are interested to study about fiqh/Islamic study more deeply, he encourages you to go for the teacher(s) or one-to-one teaching technique.
- Tuluzzamani (to have a long life) If you have no control of your life, you do not know when are you going to die. Even if you finish studying your degree, dont stop embracing knowledge. Seek knowledge from cradle to the grave; that's what Islam teaches us. Learning is a life long process. Always pray you have a long life (for the purpose of) seeking knowledge to be used for the benefit of others.
Wallahu a'lam. To conclude, the six points about the ways to embrace knowledge can be divided into six: kecerdikan, kesungguhan, ketekunan, kecekalan, bersama dengan guru dan masa yang panjang (quoted from a website page). I did try to find out more but i found different version(s) especially on the iftikaruun part.
Subscribe to:
Posts (Atom)