Saturday, July 6, 2013

KITA DAN RAMADHAN



Sangatlah rugi orang yang melayani Ramadhan hanya seperti bulan-bulan biasa. Merasakan bahawa Ramadhan ini bezanya hanya perlu berlapar dahaga di siang harinya sahaja.
Ada pula yang menganggap Ramadhan ini luar biasa. Tetapi luar biasanya sekadar kerana ‘selepas Ramadhan ada Hari Raya’.
Ini adalah orang-orang yang rugi.
Sedang Ramadhan hakikatnya merupakan satu motivasi tertinggi daripada Ilahi.
Buat manusia yang bernama Insani.

Kehidupan manusia yang sukar, dan Ramadhan pemberi kekuatan
Kehidupan manusia berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kehidupan manusia penuh cabaran dan onak duri. Bukti mudah boleh kita lihat, bagaimana ramai sahaja manusia yang tidak tertahan dengan dugaan ini akhirnya menamatkan riwayat membunuh diri.
Ada pula yang mungkin tidak membunuh diri, tetapi akhirnya mengalami sakit mental, tekanan jiwa dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.
Tetapi hadirnya Ramadhan untuk orang-orang yang beriman, sebagai medan memperkuatkan diri. Lihatlah bagaimana cantiknya Allah SWT apabila menyatakan ijazah Ramadhan adalah Taqwa.

“Wahai orang-orang yang beriman, disyariatkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah disyariatkan ke atas kaum yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu mendapat taqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.

Mengapa ijazah Ramadhan adalah taqwa? Kerana Taqwa adalah kekuatan untuk mengharungi kehidupan. Kerana Taqwa adalah penjaga kepada tingkah laku manusia. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengiktiraf taqwa sebagai sebaik-baik bekalan, pencegah dari melakukan sesuatu yang Allah larang:

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.” Surah Al-Baqarah ayat 197.

Lihatlah bagaimana Allah melarang itu dan ini semasa Haji, dan kemudiannya Allah berpesan bahawa Taqwa adalah sebaik-baik bekal. Mengapa? Kerana Taqwalah yang memberikan kekuatan untuk kita menjauhi kemaksiatan, perkara-perkara buruk di sisi Allah SWT, juga di dalam kehidupan kita.
Maka, Taqwa hakikatnya adalah bekalan hidup. Ramadhan ijazahnya Taqwa. Jadilah Ramadhan sebagai pemberi kekuatan kepada kehidupan insan, bagi yang memerhatikan.

Diri yang banyak dosa dan kesilapan, Ramadhan tempat pembersihan.
Setiap manusia melakukan kesilapan. Salah satu pakej dalam menjadi manusia adalah kita akan melakukan kesilapan, kita pasti ada melakukan kesilapan.
Tetapi Allah SWT tidak akan membiarkan manusia dengan pakej melakukan kesilapannya begitu sahaja. Sebab itu dalam menjadi hamba kepada Allah SWT, ada juga pakej keampunan.
Dan antara pakej keampunan terbesar dalam setahun adalah Ramadhan.

Lihatlah semula barisan hadith-hadith ini:
  1. “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”
  2. “Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.
  3. Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”

Maka nyatakan selepas membaca hadith-hadith ini, di ruangan mana, di saat mana di dalam Ramadhan, yang bukan waktu membersihkan diri?
Tidak. Seluruh Ramadhan itu adalah waktu yang Allah janjikan untuk keampunan.

Memang pintu keampunan Allah itu tidak pernah tertutup. Tetapi kita sendiri tidak mengetahui bilakah saatnya Allah benar-benar hendak menerima taubat kita.
Namun, di dalam Ramadhan, jelas Allah mengisyaratkan janjiNya: “Buat begini, Aku ampunkan.”


Puasa dalam bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(mengharap), Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Membangunkan(menghidupkan dengan amalan-amalan soleh) Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkira-kira, Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Membangunkan(menghidupkan) Malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, Allah ampunkan segala dosa yang lalu.
Jelas Allah nyatakan apa yang perlu kita buat, masanya, dan apa yang Dia nak berikan.
Adakah wujud perkara ini di bulan lain?
Jadi bagaimana Ramadhan tidak mampu menjadi motivasi kehidupan kita sebagai manusia?
Keluar dari Ramadhan dalam keadaan bersih, terampun, nyatanya kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi 11 bulan yang akan datang, menjadi manusia yang lebih baik bukan? Atau setelah diampunkan, kita hanya berfikir untuk membuat dosa lagi?

Penutup: Ramadhan bukan bulan kebiasaan. Ramadhan adalah tempat rehat sebelum meneruskan perjalanan.
Kehidupan adalah satu permusafiran. Dan Ramadhan yang datang setiap tahun adalah tempat berehat, ibarat R&R di tengah highway.
Di dalam Ramadhanlah kita mengumpul bekalan, merehatkan diri mengumpul kekuatan, untuk meneruskan perjalanan kita dengan baik.
Ramadhan nyata memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang manusia, yang hendak mencari keredhaan Allah SWT, yang inginkan rahmat dan maghfirah Allah SWT, yang ingin hidup berjuang untukNya.
Ramadhan adalah tempat memperkuatkan diri, dan membersihkan diri, agar menjadi yang lebih baik untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya.

Justeru bagaimana kita melayani Ramadhan?
Bagaimana kita mengisi Ramadhan?
Sepatutnya perkara ini menyemarakkan kita lagi untuk bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan. Sepatutnya perkara ini menyemarakkan kita lagi untuk hidup sebagai hamba Allah SWT.
Betapa baiknya Allah SWT menganugerahkan kita Ramadhan dalam setahun kehidupan kita.

Bagaimana kalau Ramadhan tiada?
Sama-sama kita muhasabah kembali.

Ramadhan nyata signifikan dalam perjalanan hidup manusia.
Justeru, bagaimanakah kita melayaninya?

Wednesday, May 29, 2013

RAMADHAN AROUND CORNER

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan -  merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  
Mari kita rebut peluang ini!
  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik   menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

Wednesday, May 15, 2013

UTK PEDOMAN SEMPENA HARI GURU


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

Friday, April 26, 2013

Imam Shafiee's tips on how to embrace knowledge


 Imam Shafiee's tips on how to embrace knowledge in both Science and Islam. U'll not embrace knowledge except through these points:
  • Dzakawah (aqal) means a quick aqal. It's not about the mental ability to answer maths questions quickly etc but it deals with how well we take care of our intellect. This is because it will lead to the opening of heart and ilm so that we will successful in our life. To illustrate this point, many people saw the apples fell down the trees but only Sir Isaac Newton noticed and study about it which later led to his discovery of the gravity. So, do take care of our intellect by keeping our relationship with Allah so that Allah will ease our effort to seek knowledge. Dont fill our mind with unnecessary things.
  • Hufzun (the zeal) you need to have that zeal. But dont be too extreme on both, or you will become 'zealot' then.  Balance both. You have to have the kemahuan for that, without kemahuan, you will not get the knowledge.
  • Iftikarun (poverty) not the literally 'poor' but what Imam Shafiee meant was you have to realise that you are poor in knowledge in order to embrace knowledge.  He or she is aware the fact that he she is poor in ilm. So, be humble with your ilm. Dont be arrogant, know your limitations.
  • Ghurbatun (a foreign land) It means go outside your kampung/ go travel to seek knowledge at other places.  Do not have the fear for others.  People are the enemies of what they are ignorant of. If your religion is strong enough, you wont face any faith problems if you go our from your place to travel to study. and for those who have migrated, make sure you are both physically and mentally migrated
  • Syahbatun Ustazin (Teacher's inspiration) If you want to embrace knowledge, you need to have the right teacher(s).  The right teacher(s) to get the isnpiration.  Any religion always has a pediment.  To exemplify, you are a medical student but you do not study the human body, the real human body. You just study the book. So how's that going to be? He adds that if let say you are interested to study about fiqh/Islamic study more deeply, he encourages you to go for the teacher(s) or one-to-one teaching technique. 
  • Tuluzzamani (to have a long life) If you have no control of your life, you do not know when are you going to die.  Even if you finish studying your degree, dont stop embracing knowledge.  Seek knowledge from cradle to the grave; that's what Islam teaches us. Learning is a life long process. Always pray you have a long life (for the purpose of) seeking knowledge to be used for the benefit of others. 
    
Wallahu a'lam. To conclude, the six points about the ways to embrace knowledge can be divided into six: kecerdikan, kesungguhan, ketekunan, kecekalan, bersama dengan guru dan masa yang panjang (quoted from a website page). I did try to find out more but i found different version(s) especially on the iftikaruun part.

Saturday, April 6, 2013

PERSIAPAN UNTUK PEPERIKSAAN

1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)



(Allahummar zuqna, fahman nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN



(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: 
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"


3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN



(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: 
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

 

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: 
"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".


5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
(Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.)



 Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."


                                                           

Sunday, March 31, 2013

HEBATNYA CINTA ALLAH



♥ ::: CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA ::: ♥

~Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab : “ ...dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).

~Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, x sanggup aku..."
ALLAH menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “serabutnyaa..."
ALLAH menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “takde sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40). 

Friday, March 29, 2013

NIAT



                                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, aku mendengar  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda :

“Sesungguhnya amalan itu tergantung dari niat. Dan setiap orang tergantung dari apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka niat hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang niat hijrahnya karena dunia yang ingin dia dapatkan atau karena wanita yang dia ingin nikahi maka niat hijrahnya kepada apa yang ia tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim)


              




 "Hadis ni aku da slalu dengar la bro.."
"Kau ingat niat aku slama ni salah ke? aku smbahyang tak prnah tinggal, tlong org, bramal ikhlas ko tau" 
                        
               

Cuba tanya balik diri kita, prnah tak kita pernah berdepan dengan situasi ini? atau kita sendiri pernah memberi komen yang sama?kalau ada beristighfar la banyak- banyak..

Kenapa perlunya pembaharuan niat kita? Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita sentiasa teruji disana-sini. Kalau bukan dari dalam diri, kita mudah dipengaruhi persekitaran kita, rakan-rakan yang sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan lain-lain. Sehingga pada suatu saat dan ketika niat yang pada asalnya baik akhirnya sedikit demi sedikit tergelincir dari landasannya. Semakin jauh kita dengan Allah, semakin mudah dan cepat niat itu berubah. 

                             

  "Hari ni aku malas ke kelas la, lecture yg ajar tu da la tak paham, lepas tu bosan pulak tu"


Nampak? Memang mungkin faktor tenaga pengajar, para pelajar itu sendiri kurang minat dengan kelas tersebut, tetapi sahabat-sahabatku, kita fikir sejenak, apa niat kita belajar sebenarnya? Bukankah kita nak tuntut ilmu sebanyak mungkin? di sini mungkin kita sedikit terlepas pandang.

                              
 "Kalau macam tu aku pon malas ke kelas la"


Sudah, kita yang sepatutnya yang perlu nasihat rakan kita, kita pula yang ikut dia. Mungkin sebab itu, antara sebab hadis ini diletakkan oleh Imam Nawawi r.a. sbagai hadis pertama didalam kitab karangannya iaitu hadis arbain. Kerana nampak, niat memainkan peranan penting didalam sesuatu perlakuan dan amalan seharian. Memang kalau kita nak perbahaskan hadis ini dari sudut ibadadah, ia lebih kompleks, tetapi kita ambil skop yang lebih kecil iaitu niat setiap perbuatan kita sendiri dalam kehidupan harian. Adakah niat kita betul-betul berteraskan Al Quran dan Hadis atau hanya bersandarkan nafsu keseronokan semata-mata. 

Kalau macam tu apa kata sekarang ni, kita betulkan kembali niat kita. Kita ikhlaskan diri kita untuk menuntut ilmu semata - mata kerana Allah dan kita cuba untuk berubah supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok pasti lebih baik daripada hari ini.Insyaallah....