Tuesday, May 22, 2012

keghairahan yang hilang..

Kenapa keghairahan itu hilang? Anak-anak dilahirkan dengan curiosity untuk mengetahui dan mendalami sesuatu perkara. Perhatikan gelagat mereka ketika kanak-kanak, keghairahan ini mula musnah apabila memasuki sistem persekolahan baik di pra sekolah, sekolah rendah atau menengah. Ia dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh konsep pendidikan sempit 'education for the exam'. Mereka yang masih ghairah untuk belajar adalah mereka yang ada sifat untuk berlumba atau menonjol dalam peperiksaan. Keghairahan palsu ini akan terbukti bila mana pelajar tidak lagi belajar apabila ia terjatuh dalam peperiksaan ditempat baru. Ketika di sekolah rendah dia top ten tetapi kegagalan berada di top-ten di sekolah SBP/ MRSM dll. terus mematikan keghairahan ini. Keghairahan sejati bukan dipengaruhi oleh faktor luaran tetapi faktor dalaman walaupun tidak dinafikan faktor dalaman dipengaruhi sedikit sebanyak oleh faktor luaran. Contohnya jika pembelajaran yang terjadi tidak bersifat 'meaningful learning' yang gagal memberi makna dan matlamat pembelajaran dan tidak menimbul/ meransang keghairahan selanjutnya, juga akan memusnahkan keghairahan. Ketika disekolah rendah kita lihat 'taugeh itu menghala ketingkap untuk tumbuh' tidak dighairahkan dengan keperluan untuk melakukan fotosintisis, tidak dighairahkan dengan permasalahan manusia seperti ' kita akan mati kebuluran sekiranya taugeh ini tidak bertindak demikian, begitu qada' dan qadar tuhan'. Jika ini terjadi keghairahan itu akan berpanjangan, tetapi apa yang terjadi adalah ' dalam bab ini soalan peperiksaan yang selalu ditanya ialah.....' Untuk mereka yang sedar walau pada usia buluh ini, belajarlah kerana tanggung jawab, kerana ibadat, kerana perjuangan, kerana.......... dan sememangnya tidak seronok berbanding kerana keghairahan. Komen anda

No comments:

Post a Comment