Thursday, March 24, 2011

BUKU TEKS(DIPETIK DARI http://mdsedibrahim.blogspot.com/)

Buku teks adalah perantara di antara pengarang-pengarang yang sebenarnya berperanan sebagai guru pertama yang mengajar pembacanya iaitu murid sekolah. Buku teks chemistry menulis 'you should able to......' ,'do you know', 'test yourself' dan lain-lain yang menunjukkan pengarang sedang berinteraksi dengan pembaca/murid sekolah.

Di mana peranan guru matapelajaran? Guru matapelajaran sebenarnya guru kedua yang bertindak membantu murid memahami apa yang hendak diajar oleh guru pertama atau bertindak membantu pengarang-pengarang mengajar pelajar-pelajar ketika mereka tidak hendak belajar.

Buku teks ditulis mengunakan bahasa ilmu, pelajar pula memproses/ mentaakul menggunakan bahasa diri (bahasa ini diguna dalam mimpi), pembelajaran menjadi sukar jika jurang bahasa ilmu dengan bahasa diri yang luas/lebar. Ketika ini guru/guru kedua bertindak memudahkan/menurunkan bahan pelajaran menggunakan bahasa yang lebih mudah yang hampir dengan bahasa diri pelajar. Pelajar mampu memahaminya tetapi mereka tidak mampu menulisnya semula kerana tulisan melibatkan bahasa ilmu.

Sebagai kesimpulannya pelajaran pertama/utama dalam membangunkan kemahiran membaca adalah bermaksud untuk membina bahasa ilmu dalam setiap diri pelajar. Kegagalan akan membuat pelajar tidak faham apa yang dibaca walaupun mereka memahaminya ketika penerangan/penjelasan guru tetapi akan bermasalah ketika revision kerana revision sebahagian besar melibatkan aktiviti membaca. Bloom dalam taksonominya meletakkan terminologi berada pada aras paling bawah kerana bahasa ilmu terbina dari gabungan terminologi dengan kosakata biasa yang terdapat dalam bahasa diri. 'Compound' dalam chemistry tidak sama maknanya dengan 'compound' dalam bahasa biasa.

Wednesday, March 23, 2011

Fotosintisis di sekolah (dipetik dari http://mdsedibrahim.blogspot.com)

Di sekolah, kita memberikan sahaja segala macam fakta yang tersusun dan lengkap tentang proses fotosintisis dan soalan peperiksaan pun bertanya tentang fakta-fakta itu. Mereka yang mampu mengingat akan mendapat A dan yang tidak akan gagal. Kecekapan/kegigihan guru menyuap akan menentukan kejayaan ini.

Sesuatu yang sangat penting tertinggal di sini, ini dapat diperhatikan bahawa pelajar tidak lagi mampu menerangkan elektrolisis, hidrolisis dan sis-sis yang lain jika tidak diberikan fakta-fakta itu secara tersusun. Saya melihat sendiri pelajar perubatan tidak boleh menerangkan oesteophorosis apatah lagi bila ditambah kekangan seperti oesteophorosis yang berlaku pada usia remaja. Apa yang tertinggal dalam fotosintisis tadi.... metacognitive knowledge>knowledge of knowledge>structure of knowledge>process/phenomena

Semasa diajar tentang fotosintisis sepatutnya pelajar telah didedahkan tentang kerangka sesuatu ilmu dari kategori proses atau phenomena bersama-sama dengan elemen-elemennya (Rujuk "Reading for Learning" Davies & Green, School Council, UK). Jadi dengan itu pelajar akan dapat menentukan fakta-fakta yang bersesuaian untuk elektrolisis atau oesteophorosis atau 'cis-sis' yang lain di bawah kategori process atau phenomena. Bila diberikan gangguan kepada mekanisma prosess tadi saya yakin pelajar mampu menjelaskan (explain) dan seterusnya membuat solution kepada sebarang masalah yang berkaitan.

YANG BERKEMBANG DAN TIDAK BERKEMBANG (DIPETIK DARI http://mdsedibrahim.blogspot.com)

Saya adalah dari generasi sebelum X, belajar Quran secara membaca (sebut) mengikut guru atau senior yang bertindak sebagai guru dengan naskah quran didepan diletak di atas rehal. guru akan menyebut bunyi patah perkataan dengan menunjuk pada huruf-huruf yang membunyikan patah perkataan itu menggunakan penunjuk rotan dihadapan saya dan saya mengikut sebutan itu dengan mengikut gerak penunjuk rotan itu menggunakan penunjuk yang dibuat dari lidi kelapa. Akhirnya saya "mengenal" selepas juzuk ke empat atau kelima, tetapi ada kawan yang tidak kenal-kenal selepas lima belas juzuk lalu tamat di situ. Saya tidak tahu tajwid tetapi dapat menyebut dengan betul dengan cara meniru sebutan guru. Kemudian mengikuti kelas "berbalik" setelah khatam kali pertama dan usia pun sudah meningkat.

Untungnya generasi selepas saya ada berbagai sistem IQRA', QIRAATI dan lain-lain. Melalui sistem ini mereka kenal huruf, sebutan, tajwid, tarannum secara serentak malah-malah beribu-ribu kanak-kanak khatam quran sebelum 7 tahun. Itu yang berkembang

Saya belajar di sekolah rendah kemudian ke sekolah asrama penuh, matrikulasi dan ke universiti dan akhirnya bekerja sebagai guru. Saya melihat pendidikan kita tidak berkembang malah menguncup pada produknya. Dulu saya dan kawan-kawan memahami malah boleh belajar dengan membaca tetapi hari ini murid-murid saya tidak memahami apa yang dibaca dari buku-buku akademik, mereka tidak kenal yang mana fakta, konsep atau prosedur malah terkial-kial untuk menentukan ilmu yang hendak digunakan bagi menerangkan sesuatu phenomena. Mereka tidak berupaya menentukan skop jawapan bagi sesuatu soalan, tanpa bantu guru mereka mungkin memilih konsep/ prinsip/ teori/ rule/ teorem yang salah untuk menyelesaikan masalah.

Bahagian ini perlu diperkembangkan demi kebaikan generasi akan datang termasuk generasi z dihari ini. Oleh itu metacognitive knowledge perlu di masukkan bersama dengan knowledge yang lain ketika P&P. Tanpa metacognitive knowledge, ilmu-ilmu yang lain tidak dapat dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar. Saya pernah bercakap dengan pensyarah-pensyarah di intitusi pendidikan guru supaya mengembangkan bahagian ini dalam sistem pendidikan guru.
IQRAR dan QIRAATI boleh dibangunkan inikan pula setakat empat knowledge dimension (Bloom's Revised Taxonomy)

Sunday, March 20, 2011

KEMBARA 19 MAC(bahagian 1)

Menaiki tren shuttle timuran atau lebih dikenali sebagai loker train. Tren ini membawa kami menyusuri setiap pelosok kampong dan berhenti di setiap kampong seperti Sungai Koyan, Sri Mahligai, tasik robin,Jerek,Pehi dan banyak lagi.tren ini bukan sahaja menjadi nadi pengangkutan untuk peniaga dan pemborong malahan turut menjdai nadi untuk para pelajar bagi berulang alik dari SMK Dabong ke kawasan pedalaman seperti KG Baru Sungai Mengkuang, Kula Gris dan Bukit abu. Mereka sanggup menunggu tren seawall pagi untuk ke sekolah demi mencari ilmu pengetahuan tanpa mengiraukan penat dan pulang pada jam 4.oo petang dan terpaksa berhimpit-himpit demi ke sekolah. Saya juga dapat melihat sikap segelintir manusia yang merosakkan harta awam dengan melempar betu kea rah cermin trend an mengkibatkan trauma kepada penumpang yang duduk berhampiran dengan cermin itu...BERSAMBUNG PADA 22 MAC

Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah P1/4



video ini jelas memaparkan akibat umat islam uthmaniyah hancur..pertelagahan dengan ketamakan pemimpin mengakibatkan sebuah kuasa kuat rebah. malangnya umat islam di Libya tidak sedar Barat mengambil peluang untuk mengusasai ekonomi mereka..wahai umat islam di Libya sedarlah. janganlah peristiwa Iraq berulang kembali

KEMBARA 19 MAC

Pada hari pertama kami ke Pengkalan Kubor. Apa yang saya dapat sepanjang pemerhatian saya Bandar Pengkalan Kubor sangat meriah dengan barang2 keperluan dapur. Namun untuk mencari sedikit cenderamata amat sukar kerana apa yang saya dapati penduduk Kelantan tidak berminat dalam menjual cenderahati walaupun para pelancong sangat mencari untuk dijadikan kenang kenangan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang haraga yang dijual sangat berbeza. Para pelancong perlu cekap dalam mendapatkan harga barang kerana yang paling cekap akan dapat ahrga termurah. Kami sempat melihat Patung Buddha duduk yang terbesar di Asia. Ia berdiri gah bagi melambangkan keutuhan perpaduan di Malaysia.
Pada malam itu kami bertolak ke Bandar Kota Bharu. Sempat ke Bazar Buluh Kubu. Amat daif sangat menyedihkan. Itulah persepsi pertama apabila tiba di sana. Dengan jalan yang berlubang teruk ditambah dengan bau busuk di tempat parking. Jauh berbeza dengan tapak lama di kawasan pasar Siti Khadijah yang dahulunya sangat bersih dengan tapak yang tersusun. Namun sekarang tanpa usaha yang dilakukan tidak mustahil medan bazaar Buluh atau dikenali sebagai “padang bas”. Bazaar itu amat bermakna pada seluruh penduduk kota Bharu dan sekitarnya kerana ia banyak mengumpulkan makanan tradisional dan menjual kraftangan. Kami juga sempat makan dia sebuah retsoren kecil dia tepi sungai Kelantan. Berpeluang melihat jambatan Sultan Yahya Petra dipebuhi lempu kereta n lampu jalan

Friday, March 18, 2011

CATATAN KEMBARA 18 MAC

pengembaraan saya bermula dengan menaiki tren dari PASIR MAS dan menyusuri setiap pelosok kampung sepanjang jalan. saya dapat melihat banyak perubahan yang berlaku terutama di kawasan pelosok luar bandar.rakyat menikmati pelbgai kemudahan yang melebihi asas seperti pengangkutan, wifi dan kemudahan notebook.fokus saya pada persinggahan menarik iaitu DABONG..kali terakhir saya melawata dabong pada 6 NOV 2011 di mana dabong masa dahulu bandar yang ketinggalan
bile direnung kembali DABONNG banyak berubah..catatan pengembaraan saya pada 18 MAC 2011 kanak-kanak di sini amat menggemari komputer dan sangat mahir dalam menggunakannya.. berbanding pengamatan saya pada 6 november 2006.. ketika itu mereka hanya bermain permainan trdisional.. para pelajar menikmati kemudahan NETBOOK dan pusat JALUR LEBAR.. jelas menunjukkan pelajar luar bandar jauh lebih maju dari pelajar bandar..jadi apakah alsan untuk mereka gagal dalam pelajaran...RENUNGKANLAH..catatn pada 18 MAC jam 3.10 P.M

Thursday, March 17, 2011

Wednesday, March 16, 2011

TSUNAMI JEPUN



kami menyampaikan takziah kepada semua mangsa