Sunday, September 8, 2013

CATATAN KEMBARA KE GUNUNG BEREMBUN

alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dapat saya mengupdate blog saya untuk entry kai ini
saya ingin berkongsi entry saya kali mengenai pengembaraan asperasasi alam di Gunung Berembun dungun Terengganu Darul Iman.  cabaran yang dihadapi untuk ke sana akhirnya terbayar dengan keindahan panorama ciptaan ALLAH S.W.T


30 OGOS 2013


Angan angan kami sebelum bertolak ke Air Terjun yang dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara.  kami telah menjangka laluan yang kami akan hadapi untuk sampai ke puncak akan lebih mudah berbanding XPDC kami Sebelum ini di Gunung Gajah Tarom Sekayu Terengganu.  kami bertolak dari kuala Lumpur pada jam 9 malam.  namun kesukaran untuk masuk ke hutan Lipur Itu menyebabkan kami tiba di base camp jam 3.00 pagi



31 OGOS 2013



Gambar ini sempat diambil ketika kami mengambil peluang untuk bersiar siar di kawasan sekitar.  kami kagum dengan kebersihan dan bagaima fasiliti yang cukup berbanding di Sekayu.  kami memulakan pendakian lewat sejam kerana kelewatan beberapa orang peserta


ketika dalam perjalanan barulah kami menyedari bahawa laluan yang dikatakan sangat senang hanyalah angan angan.  laluan yang kami sangat mencabar sehingga tali terpaksa kami gunakan untuk mendaki.  namun dengan bantuan abg2 latepacker dan berbekalkan pengalaman yang ada laluan itu berjaya kami tempuhi

kami tiba di camp B tepat jam 2 petang. satu kelegaan setelah berkhirnya pendakian tegak tanpa landai selama 3 jam. urat2 yang lenguh kami tidak hiraukan asalkan dapat memancing bersama abg KB. terima kasih abg dapat jugak merasa ikan kelah.  namun perjalanan terpaksa kami teruskan untuk sampai kem Y.

kami memulakan perjalanan jam 4 petang.  dikatakan kem y hanyalah 45 minit kami bergerak dengan pantas agar kami dapat merebahkan badan kami sambil menikmati maggi panas yang sangat berharga.  namun kami diuji lagi.  dengan laluan yang sangat mencabar dan perjanan yang disangka 45 minit menjadi hampir 4 jam tiba2 kami ternampak papan tanda puncak gunung.  rupanya kami telah tersesat sehingga ke PUNCAK GUNUNG Berembun yang sepatutnya kami daki esok.


kami terpaksa berpatah di kala waktu yang telah menunjukkan jam 7.00 malam.,  kami sebenarnya amat kepenatan kerana air yang ada teah habis kerana sangkaan kami perjalanan hanya 45 minit.  sedangd dalam perjalanan kami diuji lagi apabila salah seorang peserta kami tercedera dan seorang lagi disengat temingat.  dengan keringat yang ada kami segera memberi pertolongan .  kami tiba di camp Y jam 9.00 malam.  rupanya kami terlah tersalah masuk simpang.  semua peserta terbaring kepenatan dan puas walaupun tidak mengikut jadual tetapi puncak berembun telah kami tawan




1 SEPTEMBER 2013



keesokan harinya kami mengambil kesempatan untuk menyambung hajat yang tertunggak iaitu memancing ikan.HAHAHAHA.  kami turut mengambil kesempatan bergambar dengan keindahan air yang jernih dan sangat menyegarkan.  kami sempat berkenalan dengan rakan baru kami dari UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Nama yang cukup sinonim dengan rakyat malaysia.  namun tepat jam 11 pagi kami mulakan pendakian turun kerana hampir semua peserta enggan mendaki ke puncak.




mendaki turun bukanlah sesuatu yang mudah.  ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kami terpaksa membrek dia laluan yang tegak.  beberapa orang telah tercedera namun berjaya dibantu oleh ahli peserta yang lain


 kami tiba di kawasan air terjun jam 4.00 petang. tanpa melengahkan masa kami gunakan peluang untuk mandi sepuasnya dengan menikmati kesejukan air. kami tiba di base camp tepat jam 5.00 petang.  sesungguhnya explorasi kali ini telah menguji mental dan fizikal kami namun berbekalkan semangat yang gigih kami dapat mengatasinya dengan hati yang lapang disamping kami dapat mengenali rakan2 baru




kawan baru kami dari UIA.  dari kanan bawah kak dayana, kak ikhas, kak nasuha

                                            dari kanan atas  abg izwan dan abg lupa nama..haha





terima kasih kepada ustaz faizul, ustaz azlan yang merekemen xpdc ini dan tidak dilupakan abg KB yang mengajar kami memancing dan Abg Pakoi yang sporting ketika XPDC dan semua peserta CBL 2013.. jumpa lagi di gunung yang ain pula



`

No comments:

Post a Comment