Tuesday, May 22, 2012

keghairahan yang hilang..

Kenapa keghairahan itu hilang? Anak-anak dilahirkan dengan curiosity untuk mengetahui dan mendalami sesuatu perkara. Perhatikan gelagat mereka ketika kanak-kanak, keghairahan ini mula musnah apabila memasuki sistem persekolahan baik di pra sekolah, sekolah rendah atau menengah. Ia dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh konsep pendidikan sempit 'education for the exam'. Mereka yang masih ghairah untuk belajar adalah mereka yang ada sifat untuk berlumba atau menonjol dalam peperiksaan. Keghairahan palsu ini akan terbukti bila mana pelajar tidak lagi belajar apabila ia terjatuh dalam peperiksaan ditempat baru. Ketika di sekolah rendah dia top ten tetapi kegagalan berada di top-ten di sekolah SBP/ MRSM dll. terus mematikan keghairahan ini. Keghairahan sejati bukan dipengaruhi oleh faktor luaran tetapi faktor dalaman walaupun tidak dinafikan faktor dalaman dipengaruhi sedikit sebanyak oleh faktor luaran. Contohnya jika pembelajaran yang terjadi tidak bersifat 'meaningful learning' yang gagal memberi makna dan matlamat pembelajaran dan tidak menimbul/ meransang keghairahan selanjutnya, juga akan memusnahkan keghairahan. Ketika disekolah rendah kita lihat 'taugeh itu menghala ketingkap untuk tumbuh' tidak dighairahkan dengan keperluan untuk melakukan fotosintisis, tidak dighairahkan dengan permasalahan manusia seperti ' kita akan mati kebuluran sekiranya taugeh ini tidak bertindak demikian, begitu qada' dan qadar tuhan'. Jika ini terjadi keghairahan itu akan berpanjangan, tetapi apa yang terjadi adalah ' dalam bab ini soalan peperiksaan yang selalu ditanya ialah.....' Untuk mereka yang sedar walau pada usia buluh ini, belajarlah kerana tanggung jawab, kerana ibadat, kerana perjuangan, kerana.......... dan sememangnya tidak seronok berbanding kerana keghairahan. Komen anda

Wednesday, May 16, 2012

Crime: Woman Abusing Toddler

I believe almost all of us have seen the clip of a woman abusing a toddler. If we are to choose a word to describe her violence, we may say "cruel or inhumane" or some other words you could think. When I watched the clip, I said "stupid woman". Police report was lodged and the woman had been arrested. In one point we could see the benefit of social network - preventing the crime - does it sound good? If it is not because of the clip being circulated on Facebook, watched by Facebookers, thing might be worse for the baby. It was reported that the woman was found guilty under Section 31 (1) of the Child Act 2001 and sentence to 18-months imprisonment. Section 31 (1) of the Act reads as follow: 31. (1) A ny person who, being a person having the care of a child— (a) abuses, neglects, abandons or exposes the child in a manner likely to cause him physical or emotional injury or causes or permits him to be so abused, neglected, abandoned or exposed; or (b) sexually abuses the child or causes or permits him to be so abused, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. Technorati Tags: cruel woman,cruel mother,cruel mother abusing her baby,baby beatem by mother,child abuse,child abuse in malaysia,child act 2001,section 31 of the child act 2001,poor child abused by mother,malaysian child act

Crime: Burnt Down the House For RM10

He burnt down his family's house because his demand for RM10 so that he could buy drug was denied by his father. The say that drugs are your enemies, undisputed. I don't think he would burn down the house if he is no drug addict. The news is reported in Berita Harian today, He just 22 years old and unless he comes back to right path, he will paint the black color to his future. Life is destroyed because of drugs, non-contested, most people will agree unless you're currently drug addicts. Please, keep your families and friends from drug abuse. It does no good to anybody or anything.

Tuesday, April 24, 2012

PTPN

in my own opinion saya x sama sekali setuju jika PTPN dimansuhkan kerana ia boleh mendatangkan masalah lebih2 lagi kepada bangsa melayu.saya cume berharap agar sestem ini dirombak ke arah pembaikan yg lebih bagus.saya tidak bersetuju ats beberapa alasan

1. ia akan lebih melekakan lagi penuntut dia IPTA kerana mereka.hasil pemerhatian saya saya dapati kebanyakan penuntut apabila memperoleh wang PTPN segelintir mereka tidak menggunakan sepenuhnya wang yg diberi utk pendidkan tetapi sibuk menukar telfon baru dan bersuka ria.oleh itu jika ptpn dimansuhkan maka situasi akan menjadi lebih teruk

2. kedua mereka akan lebih bersemagat utk belajar kerana mereka akan sedar mereka terpaksa membayar pinjaman jadi tiada alasan utk mereka belajar secara lalai kerana jika tidak mereka akan mengalami kesukaran membayar hutang

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN

RAMADHAN

sedar x sedar kita akan jenguk ramadhan sekali lagi.dan ramadhan ini akan jadi lebih bermakna kepada pelajar tingkatan 5 kerana ia puasa terakhir mereka sebagai pelajar.......
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.