Wednesday, March 23, 2011

YANG BERKEMBANG DAN TIDAK BERKEMBANG (DIPETIK DARI http://mdsedibrahim.blogspot.com)

Saya adalah dari generasi sebelum X, belajar Quran secara membaca (sebut) mengikut guru atau senior yang bertindak sebagai guru dengan naskah quran didepan diletak di atas rehal. guru akan menyebut bunyi patah perkataan dengan menunjuk pada huruf-huruf yang membunyikan patah perkataan itu menggunakan penunjuk rotan dihadapan saya dan saya mengikut sebutan itu dengan mengikut gerak penunjuk rotan itu menggunakan penunjuk yang dibuat dari lidi kelapa. Akhirnya saya "mengenal" selepas juzuk ke empat atau kelima, tetapi ada kawan yang tidak kenal-kenal selepas lima belas juzuk lalu tamat di situ. Saya tidak tahu tajwid tetapi dapat menyebut dengan betul dengan cara meniru sebutan guru. Kemudian mengikuti kelas "berbalik" setelah khatam kali pertama dan usia pun sudah meningkat.

Untungnya generasi selepas saya ada berbagai sistem IQRA', QIRAATI dan lain-lain. Melalui sistem ini mereka kenal huruf, sebutan, tajwid, tarannum secara serentak malah-malah beribu-ribu kanak-kanak khatam quran sebelum 7 tahun. Itu yang berkembang

Saya belajar di sekolah rendah kemudian ke sekolah asrama penuh, matrikulasi dan ke universiti dan akhirnya bekerja sebagai guru. Saya melihat pendidikan kita tidak berkembang malah menguncup pada produknya. Dulu saya dan kawan-kawan memahami malah boleh belajar dengan membaca tetapi hari ini murid-murid saya tidak memahami apa yang dibaca dari buku-buku akademik, mereka tidak kenal yang mana fakta, konsep atau prosedur malah terkial-kial untuk menentukan ilmu yang hendak digunakan bagi menerangkan sesuatu phenomena. Mereka tidak berupaya menentukan skop jawapan bagi sesuatu soalan, tanpa bantu guru mereka mungkin memilih konsep/ prinsip/ teori/ rule/ teorem yang salah untuk menyelesaikan masalah.

Bahagian ini perlu diperkembangkan demi kebaikan generasi akan datang termasuk generasi z dihari ini. Oleh itu metacognitive knowledge perlu di masukkan bersama dengan knowledge yang lain ketika P&P. Tanpa metacognitive knowledge, ilmu-ilmu yang lain tidak dapat dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar. Saya pernah bercakap dengan pensyarah-pensyarah di intitusi pendidikan guru supaya mengembangkan bahagian ini dalam sistem pendidikan guru.
IQRAR dan QIRAATI boleh dibangunkan inikan pula setakat empat knowledge dimension (Bloom's Revised Taxonomy)

No comments:

Post a Comment