Sunday, March 20, 2011

KEMBARA 19 MAC

Pada hari pertama kami ke Pengkalan Kubor. Apa yang saya dapat sepanjang pemerhatian saya Bandar Pengkalan Kubor sangat meriah dengan barang2 keperluan dapur. Namun untuk mencari sedikit cenderamata amat sukar kerana apa yang saya dapati penduduk Kelantan tidak berminat dalam menjual cenderahati walaupun para pelancong sangat mencari untuk dijadikan kenang kenangan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang haraga yang dijual sangat berbeza. Para pelancong perlu cekap dalam mendapatkan harga barang kerana yang paling cekap akan dapat ahrga termurah. Kami sempat melihat Patung Buddha duduk yang terbesar di Asia. Ia berdiri gah bagi melambangkan keutuhan perpaduan di Malaysia.
Pada malam itu kami bertolak ke Bandar Kota Bharu. Sempat ke Bazar Buluh Kubu. Amat daif sangat menyedihkan. Itulah persepsi pertama apabila tiba di sana. Dengan jalan yang berlubang teruk ditambah dengan bau busuk di tempat parking. Jauh berbeza dengan tapak lama di kawasan pasar Siti Khadijah yang dahulunya sangat bersih dengan tapak yang tersusun. Namun sekarang tanpa usaha yang dilakukan tidak mustahil medan bazaar Buluh atau dikenali sebagai “padang bas”. Bazaar itu amat bermakna pada seluruh penduduk kota Bharu dan sekitarnya kerana ia banyak mengumpulkan makanan tradisional dan menjual kraftangan. Kami juga sempat makan dia sebuah retsoren kecil dia tepi sungai Kelantan. Berpeluang melihat jambatan Sultan Yahya Petra dipebuhi lempu kereta n lampu jalan

No comments:

Post a Comment