Sunday, March 20, 2011

KEMBARA 19 MAC(bahagian 1)

Menaiki tren shuttle timuran atau lebih dikenali sebagai loker train. Tren ini membawa kami menyusuri setiap pelosok kampong dan berhenti di setiap kampong seperti Sungai Koyan, Sri Mahligai, tasik robin,Jerek,Pehi dan banyak lagi.tren ini bukan sahaja menjadi nadi pengangkutan untuk peniaga dan pemborong malahan turut menjdai nadi untuk para pelajar bagi berulang alik dari SMK Dabong ke kawasan pedalaman seperti KG Baru Sungai Mengkuang, Kula Gris dan Bukit abu. Mereka sanggup menunggu tren seawall pagi untuk ke sekolah demi mencari ilmu pengetahuan tanpa mengiraukan penat dan pulang pada jam 4.oo petang dan terpaksa berhimpit-himpit demi ke sekolah. Saya juga dapat melihat sikap segelintir manusia yang merosakkan harta awam dengan melempar betu kea rah cermin trend an mengkibatkan trauma kepada penumpang yang duduk berhampiran dengan cermin itu...BERSAMBUNG PADA 22 MAC

No comments:

Post a Comment